Wednesday, December 28, 2011

buat bakal-bakal pengantin

nota ini sesuai dengan orang yang merancang to slash the old relation while upgrade ones.

indah sangat tengok wedding orang-orang ternama. artis. anak-anak datuk. datuk-datuk tua pun taknak kalah. pelamin fresh flower imported all the way from Korea misalnya. baju made by Vera Wang (tapi tak buruklah macam baju Memey sebab dia beli dah siap poyo gila. adore Marion's). itu semua nakkan duit. selalu orang akan nampak baju, pelamin, makanan, doorgift. sekarang dah bertambah dengan fotografer, videografer. belom lagi deejay. penari. kompang. everything.

bila kita jadikan artis as our benchmark, maka semuanya kita nak buat. nak tiru. paling tidak do-it-yourself. aku pun dulu macam tu. nak itu nak ini. tapi bila sampai akaun bank tinggal 3 angka, baru berfikir. kau kahwin hebat-hebat pun siapa yang datang? siapa yang review? Agong datang mencemar duli ke? atau Nona buat siaran langsung? masuk Melodi ke? paling tidak pun gah di mata kawan-kawan.

'pergh pelamin dia cun wey'

'baju dia Rizalman yang buat. memang meletop kot!'

ulang. gah di mata kawan saja. itupun dalam sebulan dua. lepas itu, senyap.

jadi, tulis dalam kepala otak masing-masing, buat setakat mampu.

sekarang kan dah menjadi kebiasaan, jurugambar. haa, aku tau korang mesti ada taste. nak jurugambar ini. taknak yang tengok-tengok dari tengkolok. nak yang natural kononnya. candid. kalau dah jurugambar itu ada nama (famous), harga tak perlu cakap lah. 4 angka. kalau tak, ambil saja jurugambar-yang-ambil-gambar-dari-tengkolok. jangan bising-bising. maknanya di sini, kita bayar ikut kreativiti mereka. and they deserved it :) atau kau kena jadi artis, lepas-tu-semua-dapat-percuma-H-T-T.

videografer pun sama. tapi, ini dah melampau sikit. siapa yang terlebih mampu, bolehlah. aku sendiri tak mampu. videografer pun kita bayar mengikut kreativiti mereka. sekarang memang CST monopoli lah. tapi masih tak boleh lawan Manggis. haha (gelak sedih sebab tak mampu). yang aku menyampah, ada antara videografer yang baru sekali dapat job artis, terus mark up harga. harga memang tak munasabah langsung.

macam-macam kalau nak diikutkan. tapi nanti lah aku kongsi yang lain. sebab aku sekarang masih dalam mood kahwin :D





   

1 bagi komen cepat!:

cik fiza said...

salam singgah :)

saya belum berumahtangga tp angan2 tu ada.. cuma satu je tanamkan dlm hati, ukur baju di badan sendiri.. sape xnk perkahwinan yg gilang gemilang kn.. tp kalo tak mampu buat yg wajib pn dh bagus :)