Friday, November 11, 2011

Renungan hari Jumaat.

pernah tak terfikir bagaimana facebook atau blog anda selepas anda mati? pernah pergi tengok facebook kawan anda yang dah meninggal dunia?

gambar gambar yang kita upload. pulak dah kalau gambar itu tak menutup aurat. nampak dada. rambut. betis berkarat. itu belum lagi kalau ada yang share gambar-gambar tu kan?

cubalah fikirkan sedetik kalau Tuhan ambil nyawa kita tanpa di sangka-sangka (contoh : kemalangan). dah tak sempat dah nak deactivate facebook. tak sempat nak beritahu kawan baik kita "wey, tolong turn off blog dengan facebook aku boleh tak?".

cubalah renung-renungkan sekejap.

memanglah ada dosa-dosa lain. tapi, selagi boleh dan selagi sempat, cubalah kurangkan mana-mana yang boleh. seronok bila orang komen "wey cantik do skirt kau". tapi bila tengok skirt, automatik nampak betis. kan?

jadi sekarang, pergi tengok facebook atau blog atau flickr whatever. delete mana-mana gambar anda atau kawan-kawan anda yang terdedah auratnya.

dan korang pon sebagai kawan kena lah respek kalau ada kawan korang mintak buangkan gambar mereka masa zaman jahiliyah dulu. kasihkan kawan, tutup-tutupkan aurat mereka :))

sama-samalah kita ye.

InsyaAllah.